Tuesday, 13 September 2011

khasiat tapai

Proses peragian tapai dapat meningkatkan kandungan Vitamin B1 (tiamina) hingga tiga kali ganda. Vitamin ini diperlukan 
oleh sistem saraf, sel otot, dan sistem pencernaan agar dapat berfungsi dengan baik.Kerana mengandungi berbagai  
jenis bakteri “baik” yang selamat di makan, tapai dapat digolongkan sebagai sumber probiotik bagi tubuh. Air tapai 
diketahui mengandungi bakteri asam laktat sebanyak ± satu juta per mililiter atau gramnya.Produk peragian
ini diyakini dapat  menyihatkan tubuh badan, terutama sistem pencernaan, kerana meningkatkan jumlah bakteri 
dalam tubuh dan mengurangi jumlah bakteri jahat. Kelebihan lain dari tapai adalah kemampuannya tapai mengikat dan
mengeluarkan aflatoksin dari tubuh. Aflaktosin merupakan zat toksik atau racun yang dihasilkan oleh kulat, terutama
Aspergillus flavus. Toksik ini banyak kita jumpai dalam keperluan makanan sehari-hari, seperti kicap. Pemakanan tapai
dalam batas normal diharapkan dapat mengurangkan aflatoksin tersebut.Di beberapa negara asia yang mengambil ubi kayu
& beras sebagai karbohidrat utama, penduduknya ramai yang menderita anemia. Ini adalah kerana ubi kayu @ beras 
mengandungi  sianida yang bersifat toksik dalam tubuh manusia.. Dengan memakan tapai dapat mencegah terjadinya 
anemia,kerana  mikroorganisme yang diperam dalam proses peragian mampu menghasilkan vitamin B12




































No comments:

Post a Comment