Monday 24 June 2013

Pengedar -pengedar untuk memasarkan tapai pulut bondaku adalah di alu-alukan.
Sila hubungi untuk keterangan lanjut.

Tuesday 13 September 2011

TAPAI BONDAKU


  • Tapai adalah makanan tradisional yg dimakan sebagai pencuci mulut
  • Proses pembuatan tapai amatlah rumit
  • Banyak pantang larang yg perlu dipatuhi dalam proses pembuatan tapai.akan tetapi yg paling penting dalam proses pembuatan tapai ini ialah kebersihan dan kerja yg teliti kerana ia sngat sensitif kepada pembuatnya.Pembuatan tapai memerlukan ketelitian yg tinggi bg mngekalkan rasa manisnya
  • Proses pembuatan tapai ini mengambil masa lebih kurang 3-4 hari bermula dengan merendam beras pulut sehinggalah pembungkusannya.
  • Tapai pulut ini boleh dimakan dengan aiscream,susu cair,cendol,dan sebagainya bagi merasa kelainan kepada pengemar tapai pulut.
 Hari ini tapai yg dianggap sebagai makanan tradisional bukan sahaja dihidang pada hari raya,majlis-majlis keraian bahkan ia dihidang di hotel-hotel bertaraf 5 bintang .

Kepada yg berminat membuat tempahan TAPAI BONDAKU ini,bolehlah menghubungi
di talian 0147047413@WhatsApp 0179914987
Penghantaran hanya di sekitar Melaka,Seremban N.Sembilan


khasiat tapai

Proses peragian tapai dapat meningkatkan kandungan Vitamin B1 (tiamina) hingga tiga kali ganda. Vitamin ini diperlukan 
oleh sistem saraf, sel otot, dan sistem pencernaan agar dapat berfungsi dengan baik.Kerana mengandungi berbagai  
jenis bakteri “baik” yang selamat di makan, tapai dapat digolongkan sebagai sumber probiotik bagi tubuh. Air tapai 
diketahui mengandungi bakteri asam laktat sebanyak ± satu juta per mililiter atau gramnya.Produk peragian
ini diyakini dapat  menyihatkan tubuh badan, terutama sistem pencernaan, kerana meningkatkan jumlah bakteri 
dalam tubuh dan mengurangi jumlah bakteri jahat. Kelebihan lain dari tapai adalah kemampuannya tapai mengikat dan
mengeluarkan aflatoksin dari tubuh. Aflaktosin merupakan zat toksik atau racun yang dihasilkan oleh kulat, terutama
Aspergillus flavus. Toksik ini banyak kita jumpai dalam keperluan makanan sehari-hari, seperti kicap. Pemakanan tapai
dalam batas normal diharapkan dapat mengurangkan aflatoksin tersebut.Di beberapa negara asia yang mengambil ubi kayu
& beras sebagai karbohidrat utama, penduduknya ramai yang menderita anemia. Ini adalah kerana ubi kayu @ beras 
mengandungi  sianida yang bersifat toksik dalam tubuh manusia.. Dengan memakan tapai dapat mencegah terjadinya 
anemia,kerana  mikroorganisme yang diperam dalam proses peragian mampu menghasilkan vitamin B12